Runtuhan Di Pencawang Masuk Utama (PMU) Substesen TNB Ada Kaitan Dengan MRT?

TULAR:
989

PENJELASAN :

Tular di media sosial dakwaan kononya kejadian struktur bangunan dalam pembinaan runtuh di Pencawang Masuk Utama (PMU) substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) , mempunyai kaitan dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang.

Gambar hiasan. Sumber : Facebook

SEBENARNYA:

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah, berkata pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, dengan Stesen MRT Cochrane antara stesen laluan itu, siap dan dibuka kepada orang ramai pada Julai 2017..

“Kita ingin menjelaskan bahawa insiden itu tiada kaitan dengan Projek MRT Lembah Klang. Tiada lagi kerja pembinaan dijalankan oleh MRT Corp atau kontraktornya di tapak Stesen MRT Cochrane. Substesen yang kini sedang dibina oleh Tenaga Nasional Berhad bukan sebahagian daripada projek MRT. Substesen itu terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Cochrane, jadi substesen itu menggunakan nama berdasarkan lokasi ini.”

SUMBER : 
Laman Facebook MRT Corp

Berita Harian

Laman Facebook Berita TV3


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI