Kes Cubaan Menculik Di Daerah Rompin, Pahang?

TULAR:
773

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat kejadian kanak-kanak nyaris diculik di Kampung Merlak, dan Taman Exora serta di sekitar Kuala Rompin.

Sumber gambar : WhatsApp

 


SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor menafikan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin.

“Kita tidak menerima laporan berkaitan kes culik seperti dinyatakan dalam mesej itu. Bagi kes yang didakwa berlaku berhampiran sebuah tadika di taman perumahan, ia sebenarnya adalah cubaan mencuri kereta.”Kita percaya orang terlibat mahu mencuri kerata kerana banyak kereta yang diletakkan di kawasan luar rumah. Bagaimanapun, dia hanya sempat memecahkan cermin tingkap kereta sebelum melarikan diri.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI