Kes Culik Kanak-Kanak Dan Curi Organ Di Johor?

TULAR:
4901

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak di Johor. Mangsa kononya dijumpai dalam keadaan semua organ dalamannya sudah tiada.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Polis Johor menafikan kejadian dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak didakwa berlaku di negeri itu seperti ditularkan di laman sosial.

Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata, “Polis Johor menafikan insiden penculikan dan pembunuhan ini ada berlaku di Johor. Penyebaran itu dilihat sebagai satu percubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.”

“Turut ditularkan ialah gambar dua individu yang masih dikehendaki oleh Polis Johor (untuk kes berlainan) yang pernah disiarkan kepada media.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Facebook Polis Johor

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI