Proton Menerima Mata Wang Bitcoin Sebagai Transaksi Urus Niaga?

TULAR:
498

PENJELASAN:

PROTON memperjelaskan dakwaan bahawa PROTON  menerima mata wang Bitcoin sebagai transaksi urus niaga.

Sumber gambar : Facebook
PROTON ingin membuat penjelasan terhadap artikel-artikel yang tersebar di media sosial berkenaan penggunaan Bitcoin untuk pembelian kereta Proton.
Syarikat tidak mengiktiraf transaksi atau tawaran sedemikian dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa transaksi tersebut dimulakan secara bebas oleh sebuah pusat jualan PROTON. Operasi oleh pusat jualan tersebut telah digantung sementara siasatan lanjut dilakukan.

SUMBER :

Facebook Rasmi Proton Cars

Laman Rasmi Proton


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI