Pengusaha Warung Tepi Jalan Di Wilayah Persekutuan Harus Tukar Kepada Perniagaan Kenderaan Saji?

TULAR:
462

PENJELASAN :

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memperjelaskan laporan bahawa pengusaha warung tepi jalan yang berniaga di Wilayah Persekutuan mesti bertukar kepada perniagaan kenderaan saji dalam tempoh dua tahun sebelum 2020 sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Says.my

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saranan itu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya bersih dan bebas warung di tepi jalan menjelang 2020.

“Kami membuka peluang kepada semua peniaga khususnya anak muda yang berkelayakan untuk memohon geran sebanyak RM10,000 yang disediakan kerajaan bagi mereka yang ingin berniaga makanan menggunakan kaedah ‘foodtruck’. Kementerian menyarankan lebih banyak peniaga gerai dan warung di tepi jalan untuk mengambil peluang dengan program yang diperkenalkan kerajaan untuk mengubah perniagaan mereka sebelum menjelang 2020.”

“Program ini juga turut bekerjasama dengan TEKUN, MARA dan Kementerian Dalam Negeri, sementara lesen perniagaan ‘foodtruck’ ini akan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).”

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI