Unsur Khianat Dalam Letupan Di Kampung Sebiew, Bintulu?

TULAR:
1278
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat unsur kianat atau jenayah dalam satu kejadian letupan di Kampung Sebiew, Bintulu, Sarawak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Polis menjelaskan kejadian seorang penganggur cedera parah dalam kejadian letupan di Kampung Sebiew tiada unsur kianat atau jenayah.

Ketua Polis Bintulu, Supt Zulkipli Suhaili berkata hasil siasatan Unit Bom Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati letupan kecil itu berlaku ketika mangsa sedang membakar wayar untuk mendapatkan tembaga di dalamnya.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian itu. Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan.”

 

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI