RTM Akan Kurangkan Program Keagamaan Dan Larang Hos Bertudung?

TULAR:
3051
Sumber gambar: Facebook RTM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya program keagamaan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dikurangkan sebanyak 20% bermula tahun 2019; dan pembaca berita serta hos rancangan tidak dibenarkan bertudung.

Versi 1:

Sumber gambar: WhatsApp

Versi 2:

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Penyiaran Malaysia:

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan mengurangkan program agama yang kini sedang bersiaran. Ini kerana program tersebut mendapat sambutan amat baik daripada penonton.

RTM juga tidak menyekat penyampai berita dan hos program memakai tudung.

RTM amat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita yang tidak tepat ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI