Kementerian Pendidikan Membuat Perolehan Pembesar Suara RM80 Juta?

TULAR:
253

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya telah membuat perolehan pembesar suara berjumlah RM80 juta sepertimana yang dilaporkan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan sekeras-kerasnya laporan satu blog di bawah tajuk “Cikgu sekolah tampil mendedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan”. Laporan itu adalah satu fitnah melampau yang berniat jahat.

Blog itu memetik maklumat melalui aplikas Whatsapp oleh seorang guru yang musykil mengapa harga pembelian satu peralatan pembesar suara terlalu mahal berbanding harga pasaran.

KPM tidak pernah dan tidak bercadang untuk membuat sebarang pembelian peralatan tersebut dalam jumlah yang begitu besar dengan harga yang tidak munasabah yang merugikan Kerajaan dan wang rakyat.

Daripada siasatan dalaman yang dikendalikan oleh KPM menunjukkan dua buah sekolah di Selangor yang baru dibuka pada Mei lalu telah masing-masing dibekalkan kemudahan seunit alat pembesar suara yang dibeli oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor denga harga RM1,720 seunit dan harganya bukanlah RM6,000 seunit sebagaimana didakwa. Pembelian juga telah melalui proses perolehan yang teratur dan mengikut prosedur kewangan.

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI