Kerajaan Senaraikan Penceramah Agama Yang Dibenar Bersiaran Di RTM?

TULAR:
1954
Sumber gambar: Facebook RTM

PENJELASAN:

Pihak Jabatan Penyiaran Malaysia memperjelaskan surat yang tular di media sosial, mengenai senarai nama penceramah agama untuk bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM).

Sumber gambar: Facebook

Menurut Jabatan Penyiaran Malaysia:

Setiap penceramah yang dipilih untuk bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru, surat berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan (Islam) di RTM yang tular di media sosial itu hanya bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang diluluskan oleh JAKIM.

“Senarai nama penceramah itu adalah tambahan kepada senarai sedia ada. Ia tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik atau orang perseorangan.”

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI