PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya sebuah produk sos tiram yang disita oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) di sebuah pasar raya di Kuala Pilah mengandungi bahan berunsur babi.
SEBENARNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menafikan unsur babi dalam sebuah produk sos tiram yang terdapat di sebuah pasar raya di Kuala Pilah.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainuddin Mohd Ali, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dalam pemeriksaan berjadual dan di pasar raya berkenaan pada 17 Oktober 2018 mendapati perlanggaran pelabelan pada botol sos tiram berkenaan.
“Tindakan susulan sudah diambil dan tiada isu berkenaan unsur babi terdapat dalam produk ini termasuklah tiada sitaan pada produk ini dibuat. Tindakan menularkan dengan mengatakan ada unsur babi harus dihentikan segera dan mereka perlu bertanggungjawab.”
SUMBER: