Tempat Penyediaan Sate Tulang Jelebu Kotor?

TULAR:
1033

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memperjelaskan dakwaan bahawa tempat penyediaan Sate Tulang Jelebu adalah kotor.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada aduan di laman media sosial Facebook oleh Encik Faizal Riza Sholainia (group OGHANG JOMPUL) dan Puan Nur Shahira (group SEREMBAN MACAM-MACAM ADA) pada 20 Oktober 2018 tentang dakwaan tahap kebersihan tempat penyediaan sate tulang Jelebu yang didapati kotor. Pihak JKNNS memandang serius perkara seperti yang diviralkan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah diarah menjalankan siasatan ke atas premis penyediaan sate berkenaan yang telah dikenalpasti dan pemeriksaan kebersihan premis pada 21 Oktober 2018.

Maklumbalas hasil siasatan ini mendapati pemunya premis yang diperiksa telah melanggar Akta Makanan 1983. Secara keseluruhan premis menyediakan makanan ini didapati tidak bersih.

Di antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan memasak yang kotor di samping amalan pengendalian makanan yang tidak hygienic. Premis tersebut telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI