Sebuah Produk Sos Tiram Yang Disita Oleh KKM Di Sebuah Pasar Raya Kuala Pilah Mengandungi Bahan Berunsur Babi?

TULAR:
887

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya sebuah produk sos tiram yang disita oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) di sebuah pasar raya di Kuala Pilah mengandungi bahan berunsur babi.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menafikan unsur babi dalam sebuah produk sos tiram yang terdapat di sebuah pasar raya di Kuala Pilah.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainuddin Mohd Ali, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dalam pemeriksaan berjadual dan di pasar raya berkenaan pada 17 Oktober 2018 mendapati perlanggaran pelabelan pada botol sos tiram berkenaan.

“Tindakan susulan sudah diambil dan tiada isu berkenaan unsur babi terdapat dalam produk ini termasuklah tiada sitaan pada produk ini dibuat. Tindakan menularkan dengan mengatakan ada unsur babi harus dihentikan segera dan mereka perlu bertanggungjawab.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI