Waspada Perkongsian Maklumat Peribadi Di Media Sosial

TULAR:
2609

WASPADA:

Orang ramai khususnya pengguna media sosial diingatkan supaya tidak berkongsi sebarang maklumat atau dokumen peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun perbankan dan sijil lahir. Ini adalah kerana maklumat tersebut boleh dimanipulasi bagi tujuan jenayah.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Perkongsian maklumat dalam kehidupan harian yang terlampau spesifik juga menjadikan diri anda target (sasaran) yang mudah.

Harus diingat salah satu modus operandi scammer melalui panggilan telefon adalah pemanggil akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank meminta mangsa membuat pengesahan berhubung satu transaksi kad kredit miliknya atau mangsa mempunyai tunggakan bayaran pinjaman atau kad kredit. Oleh sebab itu, panggilan tersebut nampak meyakinkan kerana anda pernah berbelanja di kawasan dan kedai tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI