Seorang Individu Telah Dijangkiti Selsema Burung Di Tuaran?

TULAR:
407

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat seorang mangsa yang telah dijangkiti virus selsema burung di Tuaran, Sabah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi, tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI