PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang lelaki diserang seekor harimau di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
SEBENARNYA :
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menafikan seorang lelaki cedera parah diserang seekor harimau di Bukit Besi, Dungun yang tular di laman sosial.
Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan kali terakhir kejadian harimau menyerang manusia di negeri terbabit adalah 5 tahun yang lalu.