Saman JPJ Adalah RM 2000 Bagi Kesalahan Cermin Gelap?

TULAR:
865

PALSU :

Tular dalam laporan media dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan denda sejumlah RM 2000 bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan dilaporkan media berkaitan denda sejumlah RM2,000 yang akan dikenakan bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 bagi kesalahan tersebut. Beliau menegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media yang memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

SUMBER :

Berita Harian

Sinar Harian

Paultan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI