PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang wanita cedera ditetak di kepala akibat disamun empat lelaki bersenjata dalam kejadian di Bandar Putra, Kulai.
SEBENARNYA:
Polis menafikan kejadian seorang wanita cedera ditetak di kepala akibat disamun empat lelaki bersenjata dalam kejadian di Bandar Putra, Kulai.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita terbabit bagaimanapun menjadi mangsa samun empat lelaki bertopeng di lokasi itu.
Katanya, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tinggal bersama dua anak perempuan dan seorang anak saudara perempuan didatangi empat lelaki bertopeng.
“Suspek yang bersenjatakan pisau mengambil barangan dalam rumah mangsa seperti televisyen, telefon bimbit dan barangan kemas.
“Seorang suspek menunggu dalam Perodua Alza, manakala tiga yang lain masuk ke rumah mangsa.”
Katanya, semakan terhadap nombor pendaftaran digunakan pada kenderaan itu didapati palsu.
SUMBER: