PALSU:
Tular di media sosial satu rakaman suara seorang wanita dan klip video yang mendakwa kononnya berlaku serangan seekor buaya sehingga menyebabkan seorang budak putus kaki di Sungai Gedong, Bagan Serai.
SEBENARNYA:
Pihak polis menafikan penularan video dan rakaman suara wanita yang tular, mendakwa berlaku serangan buaya di Sungai Gedong di Bagan Serai sehingga mengakibatkan budak putus kaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti yang tular di media sosial itu.
Menurutnya, polis sudah membuat siasatan dan mendapati video dan lokasi itu bukan berlaku di Sungai Gedong seperti dimaklumkan dalam rakaman suara wanita dalam video berkenaan.