Kilang ASSB di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) Terbakar?

TULAR:
1745

PENJELASAN:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang memperjelaskan dakwaan bahawa kilang Allience Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang terbakar pada malam 16 April 2019.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang:

Berikutan daripada video yang tular mengenai insiden kebakaran di
Allience Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP), pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang telah menghantar pasukan dari BBP Gebeng dan empat (4) pengawai penyiasat kebakaran. Pasukan telah tiba di tempat kejadian pada jam 2345.

Hasil daripada siasatan tersebut, didapati bahawa insiden tersebut tidak melibatkan insiden kebakaran tetapi adalah merupakan kebakaran lebihan gas yang terhasil daripada proses pembakaran arang batu. Kejadian didapati berlaku di Blok Relau Pembakaran Arang Batu (Coal Cooking Plant)

SUMBER:

Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI