PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa sesi persekolahan 2015 ditangguhkan selama sebulan berikutan banjir yang melanda negara.
SEBENARNYA :
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan kononnya terdapat penangguhan sesi persekolahan selama sebulan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah hanya selama seminggu.
“Kementerian sudah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu ini,” katanya.
SUMBER :
Laman Rasmi Jabatan Pelajaran Johor