WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak menerima pemberian pihak yang menawarkan paket minuman secara percuma terutamanya daripada orang yang tidak dikenali.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ia dibimbangi mengandungi kandungan bahan asing seperti dadah yang boleh mengakibatkan keadaan tidak keruan keatas peminumnya.
Menurut beliau, pihaknya menerima dua lagi laporan terbaru kejadian mangsa diserang gejala seperti sawan selepas meminum kopi campuran yang diberikan individu tidak dikenali.
Susulan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pengedaran kopi yang dicampur bahan asing disyaki dadah itu didalangi satu sindiket yang kini sedang bergerak aktif khususnya di Pulau Pinang.
SUMBER:
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia