YBM MITI Keluarkan Kenyataan Kelantan Tidak Terima Pelaburan Asing Tiga Tahun Berturut-Turut?

TULAR:
553

PENJELASAN:

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan laporan bahawa YBM Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan tidak menerima sebarang pelaburan asing untuk tiga tahun berturut-turut.

Sumber gambar: Facebook

YBM MITI, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa pada Januari-September 2017, Kelantan menerima RM4.2 juta pelaburan diluluskan, antara yang terendah di Malaysia.

YBM MITI tidak pernah menyebut bahawa Kelantan tidak menerima sebarang pelaburan asing untuk tiga tahun berturut-turut.

Salah faham ini mungkin berpunca dari data yang dikongsikan oleh pihak MITI Kelantan selepas acara tersebut di mana rekod MIDA menunjukkan bahawa meskipun ada pelaburan diluluskan tetapi tidak ada pelaburan yang dilaksanakan pada tiga tahun tersebut. Data ini tidak diperjelaskan secara terperinci dan mungkin mengundang salah faham.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI