Sindiket Mengedar Kopi Dicampur Dadah?

TULAR:
464

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak menerima pemberian pihak yang menawarkan paket minuman secara percuma terutamanya daripada orang yang tidak dikenali.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, ia dibimbangi mengandungi kandungan bahan asing  seperti dadah yang boleh mengakibatkan keadaan tidak keruan keatas peminumnya.

Menurut beliau, pihaknya menerima dua lagi laporan terbaru kejadian mangsa diserang gejala seperti sawan selepas meminum kopi campuran yang diberikan individu tidak dikenali.

Susulan  kejadian itu, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pengedaran kopi yang dicampur bahan asing disyaki dadah itu  didalangi satu sindiket yang kini sedang bergerak aktif khususnya di Pulau Pinang.

SUMBER:

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Astro Awani

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI