WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan membuat panggilan telefon dan/atau menghantar e-mel secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana pihak mahkamah.
Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP), di antara kaedah yang digunakan oleh sindiket tersebut adalah melalui panggilan telefon dan penghantaran e-mel.
Pejabat PKPMP ingin menegaskan bahawa pihak mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya membuat panggilan telefon secara rambang kepada orang awam. Pejabat ini memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
SUMBER :
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Facebook Badan Kehakiman Malaysia