Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi TNB Daripada Kerugian?

TULAR:
699

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada kerugian.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menerima maklumat tentang tersebarnya kenyataan tentang ‘Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi TNB Daripada Kerugian – Najib Razak’

KeTTHA menyatakan berita tersebut adalah tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.

Menurut KeTTHA, kenyataan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak adalah kenyataan lama bertarikh 16 Mei 2014.

SUMBER:

Laman Rasmi KeTTHA

Facebook Rasmi KeTTHA

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI