Sindiket Penipuan Menggunakan Identiti Dan Nama Mahkamah?

TULAR:
574

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan membuat panggilan telefon dan/atau menghantar e-mel secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana pihak mahkamah.

Gambar hiasan. Sumber: Facebook

Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP), di antara kaedah yang digunakan oleh sindiket tersebut adalah melalui panggilan telefon dan penghantaran e-mel.

Pejabat PKPMP ingin menegaskan bahawa pihak mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya membuat panggilan telefon secara rambang kepada orang awam. Pejabat ini memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

 

SUMBER :

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Facebook Badan Kehakiman Malaysia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI