Pintu Empangan Padang Cempedak, Pulau Pinang Pecah?

TULAR:
851

PENJELASAN :

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperjelaskan dakwaan bahawa pintu empangan Padang Cempedak, Pulau Pinang pecah sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: WhatsApp

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Seberang Perai Utara (SPU), Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi berkata pintu air di Padang Chempedak bukan empangan seperti ditularkan dan ia pecah akibat limpahan air yang banyak dari Sungai Kulim.

Menurut beliau,  hanya satu pintu air berkenaan yang pecah di pekan tersebut manakala gambar yang ditularkan berlaku di Seberang Perai Tengah dan bukannya di Tasek Gelugor.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI