LHDN Menghantar E-Mel Makluman Berkenaan Lebihan Cukai Dibayar?

TULAR:
935

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan e-mel palsu yang kononnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangkan oleh LHDNM. E-mel palsu tersebut turut memaparkan logo-logo rasmi perbankan serta memberikan arahan kepada penerima e- mel agar mendedahkan butiran akaun bank mereka bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDNM.

Sumber gambar: LHDNM

Pihak LHDNM tidak pernah menghantar e-mel sedemikian untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperolehi melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

Sebelum arahan yang diterima melalui e-mel tersebut dituruti, orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel berkenaan. Semakan mudah boleh dibuat melalui domain e-mel yang digunakan oleh pengirim e-mel
yang tertera pada e-mel tersebut. Setiap e-mel rasmi daripada LHDNM akan menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang untuk mematuhi arahan dalam e-mel yang mengguna pakai domain selain daripada domain rasmi
LHDNM.

Selain itu orang ramai juga boleh membuat pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu jika menerima sebarang e-mel yang meragukan berkaitan dengan LHDNM. Pengesahan boleh dibuat melalui talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau nombor talian Cawangan LHDNM yang terdapat pada portal rasmi www.hasil.gov.my.

SUMBER:

Lembaga Hasil Dalam Negeri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI