Sapuan Lemak Jenama Flora Mengandungi Bahan Tidak Halal?

TULAR:
1420

PENJELASAN :

Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) bahawa sapuan lemak jenama Flora mengandungi bahan yang tidak halal sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan bahawa syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd tidak mengimport produk tersebut ke negara ini.

Justeru, pengguna disarankan agar merujuk pihak yang berautoriti dalam memperoleh penjelasan lanjut berkenaan sesuatu isu halal yang tular di media sosial sebelum menyebarkannya.

SUMBER:

Facebook Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI