PALSU:
Tular di media sosial paparan sebuah video klip yang mendakwa siren amaran tsunami telah diaktifkan di Pulau Pinang.
SEBENARNYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan tular mengenai kejadian tsunami di Pulau Pinang. Untuk makluman video ini direkodkan semasa pengujian siren tsunami pada 4 November 2014, jam 11.30 pagi. Tiada sebarang gempa bumi atau tsunami yang berlaku pada masa ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa/tsunami. Sila dapatkan maklumat gempa/tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial iaitu Facebook – malaysiamet dan twitter – @malaysianmet serta MMD Hotline di talian 1-300-22-1638.
SUMBER: