PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mensasarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memerangi rasuah.
SEBENARNYA:
SPRM menafikan sengaja menyasarkan agensi penguatkuasaan tertentu di negara ini, khususnya PDRM dalam usaha memerangi rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata setiap tindak-tanduk diambil SPRM dilakukan berpandukan bukti dan siasatan, dengan berlandaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
SUMBER: