Fakulti Kejuruteraan UM Caj Yuran Pengajian RM90,000?

TULAR:
593

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam

Gambar hiasan. Sumber: Mynewshub

SEBENARNYA:

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA).

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

Menurut beliau, “Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka (pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.”

 

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI