PALSU :
Tular di di media sosial dakwaan kononya seorang suri rumah lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di FELDA Jengka 15.
SEBENARNYA :
Polis mengesahkan kejadian seorang suri rumah dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di FELDA Jengka 15, Maran sebagai palsu.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, berkata dakwaan kononnya wanita berusia 38 tahun itu terjatuh dari jambatan ketika memancing bersama ibu kira-kira jam 4.15 petang, tidak benar manakala laporan palsu berkenaan dibuat keluarganya.
Beliau berkata, wanita itu sebenarnya cuba membunuh diri namun berjaya dipujuk ahli keluarga.
SUMBER :