Malaysia Bercadang Menambat Semula Ringgit Berbanding USD?

TULAR:
974

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya kerajaan Malaysia bercadang menambat semula Ringgit berbanding US Dollar, bagi menyelamatkan nilai matawang tersebut apabila ia jatuh kelak.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit seperti yang dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

“Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia.”

 

SUMBER:

Bernama

Berita Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI