Sungai Simin, Seremban Bertukar Biru Pekat Akibat Sisa Kilang?

TULAR:
1371

PENJELASAN: 

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan memperjelaskan dakwaan bahawa Sungai Simin, Seremban bertukar warna kepada biru pekat akibat sisa kilang, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari berkata, pihaknya telah mengarahkan sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian ringan Senawang di sini memberhentikan kerja-kerja pencucian plastik terpakai serta-merta.

Katanya, notis arahan itu dikeluarkan, selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati ia terjadi akibat kerja-kerja pencucian plastik terpakai yang dicemari dengan bahan pewarna dari kilang tersebut. “Kilang terbabit juga telah kita arahkan supaya menyedut semula air biru itu dan proses berkenaan telah pun selesai dan keadaan sungai kini kembali seperti sediakala.”

Mengulas lanjut, Norhazni berkata fenomena air biru itu dikesan bermula daripada saluran longkang di kilang terbabit dan kemudiannya mengalir ke kawasan perumahan TTJ, seterusnya ke Sungai Simin. “JAS juga membuat pengukuran ‘in site’ dan mendapati tahap bacaan pH adalah neutral dan tidak berbahaya kepada masyarakat setempat. Pun begitu, kita juga mengambil sampel air biru itu untuk dianalisa kandungan sebenarnya.”

SUMBER:

Berita Harian

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI