Kenaikan Mendadak Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA?

TULAR:
1122

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat kenaikan mendadak bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

Sumber gambar : Twitter

SEBENARNYA :

MARA menafikan dakwaan kenaikan mendadak bayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang dikatakan meningkat dari RM100 ke RM700 sebagaimana yang tersebar di media sosial kini.

Untuk makluman, seramai 3,514 orang pelajar yang baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan, di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

Oleh yang demikian, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar-pelajar memohon pengurangan bayaran balik dengan memuat naik transkrip secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal MARA .

SUMBER :

Facebook Majlis Amanah Rakyat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI