MRT Jalankan Aktiviti Roboh Di Kompleks Beli-Belah Ampang Park?

TULAR:
1117

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjalankan aktiviti pelucutan dan penanggalan lengkapan di Ampang Park.

Sumber gambar : Kosmo

SEBENARNYA:

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan menjalankan sebarang aktiviti di kompleks beli-belah Ampang Park termasuk pelucutan dan penanggalan lengkapan serta kerja-kerja lain.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.

“Memandangkan proses pengambilan tanah masih belum selesai, MRT Corp tidak mempunyai hak milik ke atas Ampang Park dan tidak dapat mengawal apa yang sedang berlaku kepada bangunan mahupun aktiviti yang sedang berlaku di dalam bangunan.”

SUMBER:

Facebook MRTMalaysia

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI