Orang Ramai Terlalu Obses ‘Live Video’ Apabila Berlaku Kejadian Kemalangan?

TULAR:
336
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

WASPADA:

Orang ramai diingatkan agar tidak terlalu obses untuk memuat naik ‘live video’ dalam media sosial apabila melihat berlaku kebakaran sehingga terlupa membuat panggilan kecemasan.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Deposit Photos

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata tindakan sedemikian bukan sahaja melambatkan penyampaian maklumat untuk menyelamat tetapi juga boleh mengundang kecelakaan yang tidak diingini.

“Apabila masyarakat lambat menghubungi talian kecemasan ketika kebakaran hanya kerana ingin memuat naik video secara langsung di Facebook, kemungkinan api akan merebak lebih besar. Jika mendapat panggilan awal mungkin pihak bomba boleh terus memadam kebakaran daripada merebak, berbanding mengawal kebakaran apabila api semakin marak sebelum memadamkannya.”

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI