Pembangunan Tiga Buah Hospital Daerah Di Negeri Perak Tergendala?

TULAR:
617

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa projek pembangunan tiga buah hospital daerah di negeri Perak tergendala berikutan tiada peruntukan.

Sumber gambar : Twitter

SEBENARNYA:

Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan kononnya projek pembangunan tiga buah hospital daerah di negeri tersebut tergendala berikutan tiada peruntukan.

Projek di Perak Tengah dan Parit Buntar masing-masing melibatkan pembinaan hospital baharu, manakala Hospital Seri Manjung untuk penambahbaikan.

“Kerja-kerja  tanah bagi Hospital Parit Buntar telah dimulakan sejak tahun 2017, manakala untuk Perak Tengah berjalan seperti biasa, sementara tender bagi naik taraf Hospital Seri Manjung yang dianggar menelan kos RM60 juta akan dikeluarkan Mac 2018.”

Pembinaan hospital di Parit Buntar mengambil masa kerana tapak itu merupakan  tanah sawah dan perlu  dirawat bagi memastikan strukturnya kukuh.

SUMBER: 

Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI