Penjenayah Menyamar Sebagai Pekerja TNB?

TULAR:
591
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai diminta berwaspada individu yang cuba menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan atau pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) .

Gambar hiasan.Sumber: TNB

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menasihatkan pemilik rumah kediaman dan premis perniagaan agar tidak terpedaya dengan helah penjenayah yang menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan atau pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menipu mereka.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata,terbaharu pada November 2017, seorang warga emas yang menyamar sebagai pekerja TNB memperdaya mangsa sebanyak RM 400 atas alasan untuk menawarkan khidmat pemasangan meter elektrik dengan harga murah.

SUMBER:

Laman Rasmi Facebook Polis Perak


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI