PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini menjual data peribadi pelanggan hingga disalahgunakan oleh sindiket penipuan siber.
SEBENARNYA :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada syarikat telekomunikasi di negara ini yang terlibat dalam penjualan data peribadi pelanggan sehingga disalah guna oleh sindiket penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, data berkenaan sebaliknya berkemungkinan diambil daripada pihak lain melalui penjualan produk atau kaji selidik tertentu.
SUMBER :