Pesakit Lewat Diberi Rawatan Di Klinik Kesihatan Bukit Selambau, Kedah?

TULAR:
809

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit di sebuah klinik kesihatan di Bukit Selambau, Kedah.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan berlakunya kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit di sebuah klinik kesihatan di Bukit Selambau, Kedah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata melalui siasatan pihaknya, tempoh masa bagi proses pendaftaran, menunggu dan rawatan bagi kecederaan ibu jari kaki kiri yang diberikan terhadap pesakit terbabit adalah kira-kira 40 minit.

Beliau berkata, tempoh masa itu tidak melanggar piagam pelanggan yang dinyatakan melalui semua klinik kesihatan bahawa masa menunggu bagi kes baharu ialah 60 minit.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI