Tabika Kemas Di Kedah Akan Ditutup ?

TULAR:
1218

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya Tabika Kemas di Kedah akan ditutup apabila kerajaan baru mengambil alih pemerintahan negeri berkenaan.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri Kedah tidak akan ditutup sebaliknya akan diperkasakan demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Kata beliau, dakwaan kononnya Tabika Kemas akan ditutup selepas kerajaan baru mengambil alih kerajaan adalah tidak benar dan meminta masyarakat agar tidak mempercayai dakwaan tersebut. “Saya tak tau dari mana datangnya dakwaan kononnya (dengan) kerajaan baharu Kedah ni, maka Kemas akan ditutup jadi ini satu fitnah yang terlampau besar.”

SUMBER : 

BERNAMA
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI