Kementerian Kewangan Keluarkan Kenyataan Rasmi Berkenaan Pemansuhan GST Bermula 1 Jun 2018?

TULAR:
6217

PALSU :

Tular di media sosial satu siaran media kononnya dari Kementerian Kewangan Malaysia yang mendakwa bahawa Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan bermula 1 Jun 2018.

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia :

Siaran media yang menyatakan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan dimansuhkan serta merta pada 1 Jun 2018 dan tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang 2 tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan adalah tidak benar.

Pada masa ini Kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST. Sehubungan itu semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Kementerian Kewangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI