Gajah Liar Dirantai Di Tepi Jalan Di Jalan Raya Timur Barat, Grik?

TULAR:
1110

PENJELASAN :

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) memperjelaskan dakwaan bahawa seekor gajah liar telah ditangkap dan dirantai di di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Grik, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan PERHILITAN:

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengesahkan tentang Gajah Liar di Grik, Perak yang tular di media sosial. Dimaklumkan bahawa gajah tersebut merupakan gajah yang sebelum merayau masuk ke RnR Titiwangsa. Sehubungan dengan itu, Jabatan PERHILITAN melancarkan operasi tangkapan gajah tersebut untuk dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai.

Jabatan PERHILITAN Perak telah berjaya menangkap gajah terbabit pada 7 Mei 2018. Namun demikian memandangkan faktor muka bumi kawasan tangkapan yang bercerun, gajah tersebut terpaksa ditambat sementara di kawasan yang mempunyai pokok besar di tepi jalan tersebut. Pengurusan tangkapan gajah liar ini mematuhi SOP dan daripada segi kebajikan gajah terbabit, pasukan PERHILITAN bersama Pegawai Veterinar ditempatkan di kawasan tersebut 24jam bagi memantau kesihatan, keperluan makan, minum serta diet gajah terbabit.

Gajah tersebut terpaksa dirantai memandangkan ia merupakan gajah liar yang boleh mendatangkan risiko kepada orang awam. Keselamatan orang awam menjadi keutamaan memandangkan aliran trafik yang tinggi melalui kawasan tersebut sempena musim cuti PRU14 baru-baru ini . Pegawai Veterinar yang bertugas juga sentiasa memeriksa tahap kesihatan dan bahagian kaki gajah yang dirantai bagi mengelakkan kecederaan.

Jabatan PERHILITAN sedang mengambil tindakan segera untuk memindahkan gajah terbabit. Pemindahan gajah ini dijalankan pada12 Mei 2018 oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK).

SUMBER :

Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI