PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat program taklimat kerjaya serta temuduga khas untuk melanjutkan pelajaran yang akan diadakan di premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Jumaat ini (14 September 2018).
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa program taklimat kerjaya serta temuduga khas untuk melanjutkan pelajaran akan diadakan di premisnya Jumaat ini (14 September 2018).
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, mesej tular tersebut adalah palsu kerana bomba Miri tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk melaksanakan program di premis milik Bomba Miri seperti dinyatakan dalam mesej tersebut.
Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Bomba Miri 085-420991 untuk memastikan kesahihan maklumat.