Masalah Air Di Selangor Angkara Sabotaj?

TULAR:
696

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa masalah air di Selangor adalah angkara sabotaj pihak tertentu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan sekeras-kerasnya punca kepada masalah bekalan air di Selangor adalah disebabkan tindakan sabotaj penutupan paip utama seperti yang dilaporkan sebuah blog propembangkang.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, tuduhan fitnah tersebut merupakan satu percubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor dalam pengurusan air sehingga menyebabkan kontroversi gangguan bekalan air yang berlaku.

“Rizab margin simpanan air di Selangor pada 2017 adalah kosong peratus. Faktor ini dikenalpasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor.

SUMBER:

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI