Taklimat Kerjaya Dan Temuduga Khas Lanjutan Pelajaran Akan Diadakan Di JPBM Miri?

TULAR:
1788

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat program taklimat kerjaya serta temuduga khas untuk melanjutkan pelajaran yang akan diadakan di premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Jumaat ini (14 September 2018).

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa program taklimat kerjaya serta temuduga khas untuk melanjutkan pelajaran akan diadakan di premisnya Jumaat ini (14 September 2018).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, mesej tular tersebut adalah palsu kerana bomba Miri tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk melaksanakan program di premis milik Bomba Miri seperti dinyatakan dalam mesej tersebut.

Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Bomba Miri 085-420991 untuk memastikan kesahihan maklumat.

SUMBER :

Frontdesk

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI