KKMM Pantau Pihak Tertentu Dalam Talian?

TULAR:
294

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kerajaan  ada membuat pemantauan keatas pihak tertentu menerusi dalam talian.


SEBENARNYA :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan tidak memantau mana-mana pihak secara dalam talian.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, ia selaras dengan dasar kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang lebih terbuka berbanding kerajaan terdahulu.

Jelas beliau, “Kita tak akan mengganggu provasi mana-mana pihak (yang aktif dalam talian) asalkan perkara tersebut dibuat mengikut landasan (undang-undang). (Tetapi) kalau ia dibuat bertentangan dengan undang-undang atau untuk menyebar fitnah atau untuk mencetuskan huru-hara maka kita akan menguatkuasakan undang-undang”.

SUMBER :

Utusan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI