Kerajaan Masih Keluarkan Lesen AP Untuk Pelombongan Bauksit Di Kuantan?

TULAR:
673

PENJELASAN :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kerajaan masih mengeluarkan lesen eksport untuk melombong bauksit di Kuantan, Pahang.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, kerajaan hanya mengeluarkan lesen eksport (AP) bauksit terhad bagi mengosongkan stok penyimpanan untuk mengelak hakisan sebelum ketibaan musim tengkujuh tidak lama lagi, dan bukannya untuk melombong dan mengeluarkan bahan mineral itu.

Ujarnya, stok bauksit di Pelabuhan Kuantan itu perlu dikosongkan secepat mungkin sebelum musim tengkujuh yang kebiasaannya bermula November hingga Mac di Pantai Timur Semenanjung.

Jelas beliau, “Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memang keluarkan AP bauksit tetapi ia terhad untuk pengosongan stok penyimpanan bauksit bukan untuk tujuan lain melombong atau mengorek keluar bahan mineral itu. Tumpuan kerajaan masih mengutamakan pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan rakyat dan kerajaan negeri perlu mengambil tindakan jika mendapati ada unsur penyalahgunaan AP”.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI